This Is Borneo No.1 Hits Malaysia Radio Internet Station [ LIVE 24hrs NONSTOP MUSIC ]

Song artist:
Song title:
Dedicated to:
Your name:
Your E-mail:

Gegar Vaganza 2 (GV2): Rockers Lelaki, Penyanyi Pop Wanita Rebut RM100,000

Seramai 12 penyanyi bakal berentap menerusi program Gegar Vaganza musim kedua pada konsert pertama pada Ahad ini.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, daripada jumlah berkenaan beberapa peserta adalah penyanyi profesional generasi baharu.

"Berbeza dengan musim pertama, Gegar Vaganza pada tahun ini memperlihatkan program ini mula mendapat perhatian daripada artis namun pihak kami terpaksa memilih 12 terbaik sahaja.

"Musim terbaharu ini juga bukan sahaja artis-artis lama tetapi juga penglibatan penyanyi generasi baru dan ia memberi kepelbagaian kepada program tersebut tahun ini," katanya.
Raqim ditemui pada sidang media program berkenaan di The Gardens Theater di sini, Isnin.

12  peserta yang bakal berentap adalah Nassier Wahab, Azian Mazwan Sapuan, Faradhiya, Amir Ukays, Ezylnn dan Siti Nordiana.

Turut serta Acong (Sweet Child), Sheeda, Nizam (Laksamana), Haiza, Zul (Handy Black) dan  Ezad Lazim.

Gegar Vaganza musim kedua akan bersiaran selama lapan minggu bermula Ahad ini secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dalam pada itu, Raqim berkata, format program berkenaan masih dikekalkan selain masih menggunakan juri profesional untuk menilai para peserta.

Malah katanya, persembahan para peserta akan berdasarkan tema mingguan.

"Gegar Vaganza tahun ini juga akan diadakan secara langsung selepas mendapat maklum balas positif pada musim lalu.

"Selain juri tetap kami juga akan menjemput juri jemputan bagi memberi warna kepada program tersebut," jelasnya.

Gegar Vaganza musim kedua masih menampilkan Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli MS.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse pula bakal bertindak sebagai pengacara.

Juara Gegar Vaganza musim kedua bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.

Manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing bakal membawa pula sebanyak RM30,000 dan RM15,000.

Pada Gegar Vaganza musim pertama lalu, penyanyi Ayai (Ilusi) diumumkan sebagai juara.

Enggan Sentuh Wanita, Syarul Ridzwan Dukung Jurusolek Lelaki


Pelakon Syarul Ridzwan tepaksa mendukung seorang jurusolek artis lelaki untuk sebuah adegan drama Kau Aku Kita  selepas dia berhasrat untuk tidak menyentuh mana-mana wanita bukan muhrim.

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, pengarah drama itu, Jinggo memberi kelongaran kepadanya untuk melakukan sesuatu babak dengan cara lain kerana menghormati prinsipnya itu.

"Ini bukan syarat tetapi prinsip saya tidak mahu berpelukan dan bersentuhan dengan wanita, ia juga perkara baru yang saya sedang belajar untuk didik diri saya sendiri.

"Alhamdulilah pengarah faham dan menghormati prinsip itu. Baru-baru ini dalam drama Kau Aku Kita, pengarah meminta saya mendukung jurusolek lelaki bagi mengantikan pelakon wanita iaitu Janna Nick dalam satu adegan drama tersebut," ujarnya.

Syarul berkata demikian ketika diminta mengulas tentang sejauh mana prinsipnya yang tidak mahu adegan berpelukan dan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Kau Aku Kita  bakal disiarkan di slot Lestari, TV3 tidak lama lagi.

Syarul Ridzwan (kiri) bersama Amar Baharin dalam Tenggelamnya Kapal Van Da Wicjk yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 12 hingga 18 Oktober ini.

Tambah Syarul, prinsip tersebut dipraktikkan bukan kerana selepas menunaikan umrah pada Ramadan lalu, sebaliknya selepas satu kejadian dalam drama berjudul Romie Cinta Julie.

Bagaimanapun, dia enggan berkongsi peristiwa yang membuatkan dia berazam mahu menjaga batasan bersama wanita ketika penggambaran.

“Dalam drama berjudul Romie Cinta Julia tahun lalu ada adegan berpelukan yang mana terjadi satu peristiwa yang membuatkan saya tidak mahu lagi bersentuhan atau berpelukan dengan wanita.

“Namun biarlah peristiwa itu saya rahsiakan," ujarnya. 

Syarul menambah, dia juga sedang belajar untuk mengamalkan prinsip tersebut ketika berada di luar terutamanya ketika bersalaman dengan wanita.

"Saya perlu istiqamah bukan sahaja ketika penggambaran, malah sedang belajar untuk cuba prinsip itu di luar. Kadang-kadang apabila wanita hulur tangan saya tersalam juga. Itu yang saya kata perlu istiqamah dan belajar sedikit demi sedikit," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syarul berkata, dia bakal mengadakan pertemuan dengan peminat-peminat drama popular lakonannya berjudul Hati Perempuan di Singapura.

Acara tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada peminat Singapura yang memberi sokongan terhadap drama berkenaan yang sedang ditayangkan di negara itu. 

“Saya dan Mia Ahmad bakal bertemu dengan peminat kami di Singapura pada 7 November ini. Ia sebagai tanda penghargaan kami terhadap mereka yang membantu menaikkan nama kami berdua,” ujarnya.

Selain itu, Syarul turut terlibat dengan pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Da Wicjk yang bakal dipentaskan pada 12 hingga 18 Oktober ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Erma Fatima Tarik Balik Permohonan Cerai Terhadap Suami

Erma Fatima
Pengarah filem Erma Fatima hari ini menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya yang difailkan Mei lepas, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Jamal Mohd Lokman Sulaiman yang mewakili Erma Fatima selaku plaintif di hadapan Hakim Syarie Mohamad Zaid Abdul Aziz.

"Mahkamah sebelum ini mengarahkan kedua-dua mereka melantik anggota keluarga terdekat sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes perceraian ini.

"Bagaimanapun plaintif (Erma Fatima) bersetuju untuk menarik balik permohonan cerai untuk memberi peluang kepada suaminya membetulkan kesalahan," kata peguam itu.

Bagaimanapun, Erma Fatima atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, dan suaminya, Bade atau Badaruddin Azmi, 51, tidak hadir di mahkamah hari ini.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, peguam itu memberitahu pasangan berkenaan telah berbincang secara baik dalam tempoh tiga minggu dan telah mencapai persetujuan dan keputusan yang positif.

Erma Fatima memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003.

Pasangan itu bernikah pada 30 Nov 1990 dan memiliki lima anak angkat.

Kaban FM Sebagai Rakan Media


Kadar Iklan Di Kaban FM

(klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Ezad Lazim Harap Isteri Pulih Kanser Selepas Bersalin

Penyanyi Ezad Lazim mengharapkan isterinya, Nor Azeana Ramli yang menghidap kanser Stroma Gastrousus (GIST) akan sembuh selepas bersalin anak kedua mereka pada tengah hari Isnin.

Ezad atau nama sebenarnya  Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 36, berkata, sehingga kini doktor masih belum memaklumkan mengenai status terkini penyakit isterinya selepas bersalin, namun dia mendoakan akan ada keajaiban akan berlaku.

"Saya bersyukur isteri selamat bersalin semalam (Isnin) dan sekarang ini apa yang saya harapkan kanser yang dihidapi isteri hanya ada semasa dia mengandung dan hilang selepas bersalin.

"Jujurnya saya mengharapkan keajaiban itu. Tetapi setakat ini doktor belum memaklumkan perkembangan status penyakit isteri saya itu," katanya.

Nor Azeana, 36, selamat bersalin anak lelaki seberat 2.9 kilogram secara pembedahan pada pukul 1.10 tengah Isnin hari di Hospital Ampang dekat sini.

Ini adalah anak kedua pasangan itu selepas dikurniakan anak perempuan, Puteri Rania Keisha yang kini berusia dua tahun.

Nor Azeana menghidap GIST ialah sejenis ketumbuhan yang biasa terjadi di saluran gastrousus (saluran usus) yang menjejaskan saluran penghadaman atau struktur yang berhampiran dalam abdomen.

Sementara itu, Ezad yang kini popular dengan lagu Hati Mati berkata, jika isterinya masih lagi menghidapi penyakit tersebut, dia akan terus mencuba perubatan lain termasuklah cara tradisional.

"Saya sudah bersedia sekiranya doktor berkata isteri masih lagi menghidap kanser itu.

"Maka saya juga akan berusaha mencari alternatif lain membawa isteri berubat tidak kira cara tradisional atau moden. Saya sanggup buat apa saja untuk lihat isteri sembuh," ujarnya.

Komen Di Instagram Ronaldo, Peminat Bermanja Dengan 'Puan Siti'



Apa sahaja yang membabitkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pasti akan menarik perhatian ramai.

Justeru apabila ada yang memviralkan ucapan Siti kepada pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo, peminat mula menjadikannya bahan untuk mengusik Siti.

Masakan tidak, Siti penyanyi popular yang dipuja jutaan peminat, kali ini 'bertukar' posisi sebagai peminat dan menghantar ucapan kepada selebriti yang diminatinya.

Semuanya bermula apabila Ronaldo memuat naik gambar dan status yang dia akan menaiki pesawat.
Siti kemudiannya meletakkan komen "Safe flight, dear".

Ia tersebar selepas seorang pengguna Twitter dengan nama Haikal Ramlee, mengusik Siti.

Haikal dalam status di Twitter memberitahu, dia tidak punya niat apa-apa ketika memuat naik screen capture komen Siti itu.
Apa yang melucukan, di laman Twitter Siti kini dipenuhi dengan permintaan peminat yang mahu 'bermanja' dengan beliau, gara-gara panggilan dear yang digunakan dalam komen kepada Ronaldo.
Siti nampaknya tenang sahaja menerima usikan peminat, namun dalam masa yang sama berpendapat ia bukanlah isu besar.