This Is Borneo No.1 Hits Malaysia Radio Internet Station [ LIVE 24hrs NONSTOP MUSIC ]

Song artist:
Song title:
Dedicated to:
Your name:
Your E-mail:

Neelofa Derma RM10,000 Untuk Siapkan Rumah Keluarga Miskin


Neelofa khabarnya telah menderma sebanyak RM10,000 untuk membantu pembinaan rumah sepasang suami isteri yang tergendala selama sedekad. Pasangan suami isteri dari Pasir Mas Kelantan ini tidak mampu menyiapkan rumah mereka kerana kekangan kewangan dengan pendapatan seharian hanya RM45 sehari.

Laporan juga menyebut Neelofa menyalurkan sumbangannya menerusi badan NGO Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil yang membantu golongan miskin termasuk mangsa banjir yang melanda Kelantan tahun lalu.

Neelofa telah meminta pihak NGO tersebut untuk menjadi orang tengah bagi membantu mangsa-mangsa banjir danjuga penduduk setempat yang memerlukan bantuan.

Hafiz Suip Buat Resepsi Perkahwinan Di Kuching


Semua peminat tentu sudah tahu bahawa penyanyi kesayangan mereka iaitu Hafiz Suip bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 Mei tahun hadapan. Menurut sumber, Hafiz tidak akan membuat resepsi di ibu kota sebaliknya hanya akan diadakan di Sarawak.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pelbagai faktor dan salah satunya adalah kerana memikirkan saudara mara yang tidak boleh ke Kuala Lumpur di atas sebab tertentu. Dalam pada itu, Hafiz turut mengakui sudah mula membuat persiapan menjelang hari bahagia mereka kelak.

Ditanya mengenai hal berkaitan penajaan, anak kelahiran Sarawak ini secara jujur memaklumkan belum ada pihak yang tampil untuk memberikan sebarang penajaan malah menganggap ianya sebagai bonus jika ada yang berminat.

Hafiz dan Nureffy turut bersetuju untuk membuat majlis mereka mengikut kemampuan dan berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar majlis pernikahan mereka akan berlangsung dengan baik dan lancar.

Polis Evo kutip RM8 juta dalam tempoh 11 hari

Memasuki hari ke-11 tayangan, Polis Evo telah berjaya mencatat kutipan mencecah RM8 juta daripada 101 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Sambutan memberangsangkan untuk minggu kedua tayangan ini didorong oleh reaksi positif para peminat yang telah menontonnya sejak 17 September 2015 lalu selain daripada rangka promosi yang masih giat berjalan.

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Astro Shaw yang merupakan penerbit filem Polis Evo akan terus berusaha menerusi rangka promosi agar dapat menarik minat khalayak untuk hadir ke pawagam menonton filem Polis Evo hasil karya asal tiga anak muda yang mendapat biasiswa daripada Astro dan kini berkhidmat untuk Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf dan mendapat sentuhan oleh pengarah Ghaz Abu Bakar.

“Kami bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap filem ini. Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas di carta filem melayu terlaris untuk tahun ini.

"Kami berharap para penonton akan terus menyokong filem Polis Evo dan turut membawa keluarga serta kawan-kawan mereka ke pawagam berulang kali. 

“Masih terlalu awal untuk meramal industri perfileman tempatan ketika ini. Jika dilihat reaksi positif peminat terhadap Polis Evo, diharap ia dapat menyuntik semangat baru dalam dunia filem Malaysia.”
Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah. 


Jerebu: Sekolah Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan sebahagian Sarawak Tutup

Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarahkan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin buruk.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini pada Ahad berkata pemantauan berterusan di seluruh negara mendapati beberapa negeri dan bahagian hari ini mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200).
Menurutnya pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.
Setakat pukul 11 pagi tadi, lima kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat dengan Shah Alam mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 281; Batu Muda, Kuala Lumpur (256); Pelabuhan Klang (252), Petaling Jaya (232) dan Putrajaya (206).
Beberapa kawasan lain di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Banting (190), Sri Aman (188), Cheras (183), Kuala Selangor (168), Seremban (152), Samarahan (145), Nilai (144), Kuching (139) dan Port Dickson (131)

KEDUDUKAN CARTA BORNEO KABAN FM (MINGGU 5)

CARTA BORNEO KABAN FM 
dikuasakan oleh


diterbitkan untuk siaran oleh Kaban Crew Managements dengan kerjasama Ebza Management Services

Dipilih Jadi Cover Majalah, Khairy Jamaluddin Ternyata Ada Aura


SIAPA tidak kenal dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang cukup sinonim dengan jolokan lelaki ‘tall, dark & handsome’.

Memiliki karakter yang cool dan bersahaja, membuatkan Ahli Parlimen kawasan Rembau, Negeri Sembilan ini sering kali berjaya menawan hati ramai. Ditambah pula, dengan kredibilitinya selaku menteri dan Ketua Pemuda UMNO yang aktif dan selalu mendengar pendapat rakyat bawahan.

Maka, tidak hairanlah mengapa ahli politik ini diangkat sebagai ikon oleh para pengikutnya dan juga digilai oleh wanita-wanita di Malaysia. Baru-baru, Khairy atau KJ sekali lagi menarik perhatian ramai apabila terpilih menjadi model penghias kulit hadapan untuk majalah Men’s Health (edisi Malaysia).

 Uniknya, KJ tampil dengan gaya bersahaja dengan memakai baju-T kosong tanpa sebarang imej formal yang sinonim dengannya sebagai seorang menteri Kabinet. Gaya segak KJ itu membuatkan ramai yang memuji beliau hingga ada yang berpendapat KJ tidak ubah persis seorang model lelaki popular.

 Sebelum ini, KJ pernah membintangi drama pendek ‘Ikal Mayang‘ dan juga menjadi penghias kulit majalah Maskulin.