This Is Borneo No.1 Hits Malaysia Radio Internet Station [ LIVE 24hrs NONSTOP MUSIC ]

Song artist:
Song title:
Dedicated to:
Your name:
Your E-mail:

Jerebu: Sekolah Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan sebahagian Sarawak Tutup

Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarahkan ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin buruk.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan di sini pada Ahad berkata pemantauan berterusan di seluruh negara mendapati beberapa negeri dan bahagian hari ini mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (201-300) dan tidak sihat (101-200).
Menurutnya pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera.
Setakat pukul 11 pagi tadi, lima kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat dengan Shah Alam mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 281; Batu Muda, Kuala Lumpur (256); Pelabuhan Klang (252), Petaling Jaya (232) dan Putrajaya (206).
Beberapa kawasan lain di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Banting (190), Sri Aman (188), Cheras (183), Kuala Selangor (168), Seremban (152), Samarahan (145), Nilai (144), Kuching (139) dan Port Dickson (131)

No comments:

Post a Comment